Selamat Datang Ke Blog Warisan Mak Andak

Kuih Bahulu Warisan Mak Andak Ke Damansara

Semalam Cik Nurul kita ke Damansara.

Sambil - sambil tu bawa kuih semua penuh satu kereta. Tapi beliau tetap tersenyum. Senyuman yang manis angat... :D

Kalau ada apa2 yang berkaitan dengan kuih - kuih boleh hubungi cik nurul kita di 012 286 9489.

Kalau dia ke Damansara, Serdang dan Seri kembangan boleh la kirim2 kuih dekat Cik Nurul kita ni..

0 comments.

Kuih Bangkit Santan Warisan Mak Andak

Kuih Bangkit Santan Warisan Mak Andak.
Peminat - peminat koi bakor (loghat Perak) mesti dah mengetahui rasanya koi bakor ni macam mana, tambahan pula rasa koi bakor original ni.. maksud koi bakor original ni, koi bakor santan. Rasanya rapuh tapi bila masuk di kedalam mulut dia cair memenuhi setiap deria rasa di dalam mulut.

Koi Bakor atau lebih dikenali dengan nama Kuih Bangkit merupakan salah satu biskut tradisional yang terdapat di Malaysia, Asasnya adalah ramuan resepi yang di adun dengan penuh kasih sayang. Antara ramuan - ramuan yang terdapat dalam kuih bangkit warisan Mak Andak adalah Tepung Ubi, tepung gandum, santan dan telur.

Rasa tradisional yang terdapat pada Kuih Bangkit Warisan Mak Andak ini, pasti dapat menggamit memori silam anda semua, bagi yang selalu membantu nenek - nenek, ibu pada ketika dulu, dan tidak berpeluang lagi membuat kuih bangkit atas faktor kesibukan dan lain - lain boleh mendapatkan kuih bangkit Warisan Mak Andak untuk mengecapi semula kenangan lalu.

Bagi yang berkesempatan boleh mendapatkan kuih bangkit Warisan Mak Andak di alamat seperti yang terdapat di atas atau boleh juga mendapatkan kuih bangkit warisan mak andak di Restoran Terkenal Negara iaitu Restoran Nasi Bamboo Sg Klah. Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ini berada dekat dengan susur keluar lebuhraya utara sekatan Sungkai. Daripada susur keluar Sungkai belok ke kanan dan tidak jauh daripada itu di sebelah kiri selepas jambatan terletakkanya Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ini.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian:-

011 3134 8232 - whatsapp
011 3134 8232 - whatsapp
011 3134 8232 - Whatsapp

0 comments.

Kuih Bangkit Warisan Mak Andak di Nasi Bamboo Sg Klah

Kuih Bangkit Warisan Mak Andak kini boleh dididapati di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak. Nasi Bamboo Sg Klah terletak di sebelah kiri selepas susur keluar menghala ke Pekan Sungkai.

Terima Kasih kepada Tuan Izad Ahmad Pengasas dan pemilik Nasi Bamboo Sg Klah kerana memberi peluang dan ruang untuk WARISAN MAK ANDAK meletakkan kuih bangkit warisan mak andak di sini.

Bagi yang berkesempatan bolehlah berkunjung ke Nasi Bamboo Sg Klah untuk mendapatkan kuih bangkit Warisan Mak Andak.

Keunikan Restoran Nasi Bamboo Sg Klah adalah kerana memperkenalkan nasi yang dimasak dan dikukus dalam buluh dengan menggunakan lapik berasnya daun lirik atau lebih dikenali sebagai daun kalatia. Restoran ini juga turut menyediakan masakan ayam kampung bunian yang tidak terdapat di tempat lain. Masakan restoran ini menjadi lebih unik, asli dan tersendiri. Sinar Harian

Jadi jangan tunggu lama - lama, mari dapatkan Kuih Bangkit warisan MAK ANDAK dan disambil itu boleh menikmati juadah dan hidangan yang lazat - lazat dan unik dari Restoran Terkenal Nasi Bamboo Sungai Klah

0 comments.

Kuih Bangkit Kelapa Warisan Mak Andak

Kuih Bangkit Kelapa Warisan Mak Andak merupakan kuih bangkit yang paling banyak memenuhi permintaan pelanggan. Kuih bangkit kelapa ini mempunyai rasa yang unik di mana ianya diadun dengan resepi tradisional turun - temurun.

Diperbuat daripada adunan tepung, telur, gula dan kelapa yang disangan menjadikan rasa kuih bangkit kelapa unik dan tersendiri. Bagi anda yang tidak mahu terlepas daripada menikmati kuih bangkit warisan mak andak boleh datang ke premis kami di:

Warisan Mak Andak,
252, Simpang 3,
Kunci Air 12,
36700 Langkap,
Perak,
atau

Boleh sahaja menggunakan google maps dengan membuat carian ' Warisan Mak Andak' untuk ke kedai kami.

Harga Bagi setiap balang bangkit kelapa adalah RM20.00 sahaja. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian:-
Whatsapp: 011 3134 8232

0 comments.

Kuih Bangkit Warisan Mak Andak

Kuih Bangkit WARISAN MAK ANDAK tidak terhad pengeluarannya di Hari Raya sahaja. Kuih bangkit Warisan ini dikeluarkan sepanjang tahun bagi memenuhi permintaan.

Oleh yang demikian Puan - Puan dan Tuan - Tuan yang dihormati tidak perlu gusar untuk mendapatkan kuih bangkit Warisan Mak Andak ini.

Kami tidak menjual kuih raya, tapi kami menjual kuih bangkit, kuih yang dikenali sepanjang zaman, sepanjang masa..

WARISAN MAK ANDAK
- Memartabatkan WARISAN -


0 comments.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...